Kahoot Quiz Dan Kdb
6 Jun 2024 | Aktiviti TerkiniPada 5 Jun 2024 yang lalu, pihak NADI Batang Maro telah mengadakan kelas e-learning iaitu kahoot kuiz dan tayangan klik dengan bijak. Kelas tersebut telah dihadiri oleh 5 orang murid SK Batang Maro. Objektif utama kelas tersebut diadakan adalah untuk meningkatkan minat dan mendukung gaya belajar generasi digital. Kahoot merupakan media pembelajaran jenis visual. Sebagai media pembelajaran visual, kahoot memiliki fungsi atensi. Fungsi atensi adalah media visual merupakan inti, menarik, dan mengarahkan perhatian pembelajaran untuk berkosentrasi kepada isi pelajaran yang berkaitan dengan makna visual yang ditampilkan atau menyertai teks materi pelajaran.
Selain itu, kelebihan kahoot sebagai media pembelajaran adalah suasana kelas dapat lebih menyenangkan dan menyeronokkan. Seterusnya, anak-anak dilatih untuk menggunakan teknologi sebagai media untuk belajar. Disamping itu juga, anak-anak dilatih kemampuan motoriknya dalam pengoperasian Kahoot. Tambahan lagi, pengisian dengan tayangan klik dengan bijak. Dengan adanya kelas tersebut mereka dapat menjawab soalan-soalan dengan seronok dan memberi kesan yang sangat baik kepada pelajar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: